Wednesday, August 18, 2010

Kisah pembuangan bayi lagi


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang baru pulang daripada solat tarawih terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan berusia kira-kira seminggu ditinggalkan di depan rumahnya di Bukit Minyak di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, pasangan berkenaan menemui bayi seberat 1.4 kilogram itu diletakkan di atas meja di luar rumahnya dalam keadaan berbalut kain lampin.

Laporan penemuan bayi itu bagaimanapun hanya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT), Bandar Perda, di sini, semalam. Ini berikutan pasangan itu yang tidak mempunyai anak setelah berkahwin 10 tahun lalu, mengambil keputusan untuk menjaga bayi terbabit untuk dijadikan anak angkat. Bagaimanapun, rakannya menasihatkan suami pasangan itu yang berusia 30-an supaya menyerahkan bayi berkenaan kepada polis untuk siasatan lanjut. Berikutan itu, lelaki pekerja industri itu tampil ke IPD SPT untuk membuat laporan dan menyerahkan bayi berkenaan kepada pihak polis kira-kira jam 11 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi perempuan dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang, ditemui dalam keadaan sihat tetapi belum dipastikan keturunannya. Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut. "Bayi itu ditemui dua hari lalu dan pengadu berhasrat menjadikannya sebagai anak angkat. Namun atas nasihat rakan, pengadu tampil ke IPD pagi tadi (semalam) untuk membuat laporan kerana perlu mengikut prosedur jika mahu mengambil anak angkat," katanya. Azman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan ibu dan suspek yang membuang bayi berkenaan. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan S Subramaniam di 019-6351119.

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA 18/08/2010.

p/s : Kesiankan bayi tu, tiap2 hari kita dgr pasal pembuangan bayi, xtaula apa nak jadi dgn zmn skrg ni, bayi tu xberdosa, yang paling kesian buang mcm sampah... sampai mati, Moga Allah bukakan hati manusia mcm tu, dahla bulan ramadan, org sibuk mengejar utk mendapatkan pahala dgn berbuat perkara sunat, tp diorang.. Astaqfirullah.... jauhkanlah perkara mcm ni dari kita... sy rasa dgn teknologi skrg ni, bdk2 sekolah pun dah pandai layan cd lucah, pergaulan bebas, tanpa malu antara lelaki & perempuan, sy pun turut berasa sgt risau dgn masa depan anak2 sy, Moga Allah permudahkan urusan kita semua.







Click to get cool Animations for your MySpace profile
MySpace Codes!

No comments: