Sekadar perkongsian bersama2 rakan2 sekalian, moga Allah memberkati ameen..
KepadaNya hanya mampu kita memohon & berserah..
Sama2 kita mempraktik dlm seharian kita, jadikan ia sebagai kewajipan kita seharian, InsyAllah.. Allah maha mengetahui, " Sesungguhnya setiap kesulitan ada jalannya".
Solat
sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga
matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat
hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat.
1)
Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2)
Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Hanya 2 rakaat - mulakan dengan niat
"Sahaja aku sembahyang sunat
Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Ketika sujud terakhir hendaklah membaca ayat ini sebanyak 3 kali
Ini doa ketika selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu
DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
(sy suka maksudnya - sehingga sy boleh hafal maksudnya)

Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. - sumber daripada Bhg. Pengurusan Dakwah JAIS
Rakaat pertama & kedua dimulakan surah Al- Fatihah. Kemudian disusuli surah-surah berkut :-
Rakaat Pertama
Surah Wasy - Syamsi
atau Surah Al- Kafirun
Untuk Rakaat kedua - Surah Al - Dhuha
atau surah Al- Ikhlas
Ini adalah salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah swt, janganlah kita fikir hendakkan harta & rezeki dariNya semata-mata, bila kita susah kita buat, tp bila senang kita tinggalkan, Moga kita sama2 memperbaiki diri demi kebahagian kita di dunia & di akhirat sana. Ameen.
No comments:
Post a Comment