Lama gila tak update blog nih.. tp boleh kata setiap har sy jengguk cuma belum berkesempatan lg ja nk draf entry, actually byk cerita sebenarnya nak dikongsikan bersama rakan2 blogger sekalian. My first story is sy nk khaborkan about my new born on 7 July 2013.
Masa tu sy mmg tgh final exam for last paper, mmg la berdoa moga A;llah permudahkan urusan perjalanan sy untuk habiskan paper and then baru nak bersalin. Tup tup sebelum last paper tu hari Ahad 07 julai 2013 pagi bangun subuh saya rasa perut dah sakit dan semacam je kan.. dlm hati berkata " ai... tak kan baby ni nk keluar dah kot." tahan lagi, mgkin sakit sebab baby dah besar kot.. Lepas tu mmg tak boleh nak duduk dah.. rasa perut memulas mcm nak buang air besar, so sy ke tandas, terkejut nya sebab dah turun darah!.. hah!! mmg sahla baby nak keluar dah ni.. Cepat siap ke hospital.. dalam perjalanan ke hospital tu mmg sy tak boleh nak duduk diam dah sbb kesakitan semakin kerap dan rasa mcm baby nak keluar dah.. bila dah sampai dewan bersalin hospital sg. petani kedah, sy terus ke nurse utk pendaftaran.. masa nurse dok tanya mcm2 tu rasa mcm nak marah ja sbb tersgtlah sakit tu datang kerap2. Dah nama dipanggil oleh doctor utk di ceq berapa cm dah buka, bila dah cheq, doc ckp kat nurse.. patient ni dah buka 7 cm.. uih.. terkejut saya sbb sakitnya sgtlah cepat dan ini pengalaman sy yg lain dari abg dan kakak dia.. Alhamdulilah tepat jam 1.24 pm pada 07.07.2013 saya telah melahirkan seorang lagi khalifah Allah yg diberi nama Auni (Kelembutan) Bahira (Berseri-seri) = Auni Bahira Mohamad Iqbal Iryani. Proses kelahiran auni jugak sgtlah mudah dgn doa dan kekuatan dari sy dan family, semua itu datang dariNya. Syukron.. alhamdulilah baby sihat dan seperti biasa sy berpantang di rumah emak sy sendiri. Tp dlm masa yg sama sy sedih sebab emak sy tak berapa sihat, dan sy buat sendiri dalam pantang sbb kenangkan emak yg dah tak berapa sihat.. Ketika berpantang ini emak sy sakit dan di masukkan di wad di hospital yg sama. Ketika itu sy sgt sedih sbb tak dpt nak menjaga emak yg sdg sakit, cuma sy dpt bertanya khabar dari kakak sulong dan adik bongsu saya yg bergilir menjaga emak. Cukup 5 hari emak di wad emak pergi meninggalkan saya dalam keadaan badan sy masih lemah, cuma kekuatan itu dtg dari hati dan semangat saya untuk saya teruskan langkah kaki ini. Ketika itu saya tidak dapat menahan kesedihan dan sy menanggis sesungguhnya sbb emak pergi meninggalkan sy bkn di depan mata saya dan dgn harapan sy, sy tunggu mak untuk mengurut dan cukur kepala baby, tp Allah dah atur sebenarnya perjalanan hidup ini. Hanya Allah shj yg tau hati ini utk sy terima hakikat ini. Emak yg jaga sy dlm pantang, segalanya emak banyak mengajar saya seblm ini semasa bersalin ank pertama & kedua sy jdkan pengajaran & pengalaman sy. Sy jaga sendiri dan ingt pesanan arwah emak utk sy. Selepas permergian emak, ayah sy pula jatuh sakit, dlm masa yg sama sy kena jaga ayah yg sedang sakit, klu org tak kuat.. mmg tak dapat nak hadap perkara ini. bkn senang nk jaga org tua sakit... kena byk bersabar.. sy ketika itu cuba berfikiran positif untuk berdepan dgn masalah ini. Semoga Allah merahmati & mencucuri roh emak, semoga emak berada di syurgaMu.. Al Fatehah untuk emak.. Ameen. Sy syg emak sehingga hujung nafas ini.
 |
Auni Bahira Mohamad Iqbal Iryani |
 |
bersama abg dan kakak Auni yg sgt manja dgn mama |
 |
Mama with Auni = bg semangat utk mama |
No comments:
Post a Comment