Showing posts with label kaklinda. Show all posts
Showing posts with label kaklinda. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Permulaan yang indah untuk Tahun 2016


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani 

Assalamualaikum 

Tahun 2016, pembukaan yang baik untuk kak linda. Sebab kaklinda mula melibatkan diri dengan Majlis Ilmu Pulau Pinang. Mulanya start melibatkan diri ini saja-saja like page Konvensyen Cinta 2015 walaupun tarikh program tu dah lepas pun. Suatu hari admin page tu mengeluarkan iklan memerlukan 5 orang crew untuk Program Fiqh Wanita 2016 pada 23 Januari 2016. Sajalah kak linda pm kepada admin untuk join sebagai crew program tersebut. Alhamdulilah.. Allah maha mengetahui dan Dia permudahkan perjalanan, dan mulai saat diterima sebagai ahli keluarga baru dalam MIPP, kak linda bebesar hati walaupun hakikatnya tiada apa-apa bayaran pun apabila melakukan tugas, semata-mata niat kerana Lilahi ta'ala. Hati mulai rasa bahagia kerana melibatkan diri dalam program-program ilmu yang berguna ini sekaligus dapat kenalan ramai yang hebat-hebat dari segi ilmu masing-masing,terasa diri ini kerdil. Moga dengan penglibatan ini Allah memberi perubahan yang baik untuk diri ini dan juga di masa hadapan. Istiqomah! Mencari redha Allah! Allahuakhbar!!


Seminar Fiqh Wanita, mungkin akan ada Seminar Fiqh Wanita 2.0 pulak





Sesi petang di isi oleh Ustazah Isfadiah Dusuki yang penuh dengan ilmu berumah tangga


Ahli keluarga baru dalam MIPP, Alhamdulilah

Setelah selesai Program Seminar Fiqh Wanita, Alhamdulilah selesai
Rindu sahabat semua!

Bersama Qariah Cilik


Sesiapa nak daftar boleh lagi untuk Program MIPP pada Februari ni, Jom tambah Ilmu!


Monday, November 9, 2015

BAHAGIA SELEPAS BERCERAI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani 

Dulu kak linda berfikir dan terus berfikir atas PERPISAHAN yang Allah berikan ini, mengundang kesedihan berpanjangan, kekecewaan selamanya dan kesengsaraan dalam hidup ini tanpa suami di sisiku. Tapi itu tidak sama sekali, Allahurabbi! Allah punya kuasa mengatasi segalanya. Kak Linda diberi ketenangan, kegembiraan, pengajaran, kesedaran dan KEBAHAGIAAN apabila kesedihan, kekecewaan dan kehancuran yang aku alami sebelum ini. Betul! Allah memberi ujian itu kepada hambaNya yang mampu hadapi. Saat diri ini diuji dulu memang kak Linda sangat lemah, tidak habis memikirkan di mana kurangnya diri ini sehingga kak Linda diperlakukan begini. Alhamdulilah di atas sokongan saudara mara, rakan-rakan dan terutama anak-anak yang dikasihi sentiasa bersamaku waktu itu. Kak Linda bangun mencari "Sesuatu" dariNya. Disitu Kak Linda menemuinya sehingga sekarang.. alhamdulilah.. syukur YaAllah! Kau mengingatkan aku tentang kewujudanMu. Ya Allah aku mohon moga kau jagalah hati ini supaya tidak terpesong dari landasanMu, sentiasa ku beristiqhamah kepadaMu. Kerana aku hambaMu yang sangat berdosa dan lemah. Tolonglah aku ya Allah!

Selama hampir dua tahun hidup dengan berstatus ini, kak linda banyak menghadapi pelbagai ujian terutamanya hati di usik oleh insan yang bergelar lelaki, tatkala itu hati ini diguris dan dikecewakan. subhanaAllah! Allahuakhbar! hanya Allah yang tahu, kak linda hampir lupa padaNya. Tapi Dia menyayangi diri ini kerana dengan sekejap Allah ketuk kembali hati ini supaya ingatkan Dia. Syukur!
Mulai saat itu kak linda tetapkan hati untuk meninggalkan semua perkara itu dan hanya berdoa kepada Dia supaya kak linda akan jumpa jodoh yang terbaik untuk kak linda dengan anak-anak dengan izinNya, andai tiada jodoh itu kak linda redha padaNya kerana Dia merancang itu sangat baik untuk kita. Jodoh ini umpama menunggu saat kematian, masa mana? bila? pukul berapa? Hanya Dia ja yang tahu. Jika kita hendak jodoh yang baik, kita haruslah berubah menjadi baik. Apa-apa pun diri sendiri kena berubah dulu, baru dapat yang baikkan. InshaAllah.

 "Ya Allah...kau jadikan aku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman, dan berilah daku kegembiraan dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan, Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya." Ameen.

Sesungguhnya setiap kesedihan itu Allah beri kita kegembiraan sekiranya kita mengingatiNya dan bersabar. Sabar itu di awalnya pahit tapi di akhirnya Manis.  Alhamdulilah.. kak linda dah temui sikit-sikit ketenangan itu, Allah! sayangnya Dia kat diri ini sebab kaklinda diberi kesempatan melakukan perkara-perkara yang menyembuhkan hati ini, kerana hati ini milikNya. 

 Ya Allah hidupkan kami dengan IMAN
Ya Allah matikan kami dalam IMAN 
Ya Allah bangkit kami dengan IMAN
Dan masukkan ke SyurgaMu dengan IMAN.