Saturday, October 13, 2012

Mari kita cuba!!

ASSALAMUALAIKUM
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Hari saya terbaca tentang bagaimana nak didik anak menjadi anak yang soleh & solehah. Menarik kan. mari kita sama2 amalkan. Moga2 anak2 kita menjadi anak-anak yang soleh & solehah

10 Tips Mendidik Anak Soleh &Solehah

  1. Tiba-tiba teringat anak kirimkan bacaan Al-Fatihah. Sampai ke IYAKANAQBUDU WAIYAKANASTAIN- yg ertinya hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
  2. Pandang wajah anak semasa mereka sedang tidur ucapkan bahawa, mama nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah mendengar lagi Maha Melihat.
  3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
  4. Minta dikasihi. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
  5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
  6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
  7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jgn sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya, Jika ini berlaku juga kerana kita TER..kata, cepat2 cari masa yg sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana kita buat salah  bukan bermaksud membenci.
  8. Amalkan bacaan ayat 40 Surah IBRAHIM supaya anak kita keturunan kita termasuk dlm golongan2 yang tetap mendirikan solat. (Wahai tuhanku! Jadikanlah aku org yg mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku)
  9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, harta, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi mulia. Allah tidak pandang wajah yg cantik tp pandang hati yg cantik & bersih.
  10. Masa basuh beras niatkan Ya Allah lembutkanlah hati anak2 ku sebut nama dia...utk faham agamanya, (kenapa kita nk faham agama, kerana anak yg tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka) sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (mcm org tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, masa buat kerja ini hati jangan lalai, dan ingat kepada Allah sentiasa.
Mudahan Allah jadikan kita ibu bapa yang sabar dlm mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh solehah. Mudahan anak kita menjadi penyejuk dan penghalang kita ke neraka...aminn...aminn...
anak sulong saya - moga kamu Muhammad Iyad Izzudin menjadi anak yg soleh sayang!!
 
 
anak dara saya yg kedua- Qaseh Umairah, Moga Allah makbul doa2 mama utk kalian berdua sayang....

No comments: