Monday, March 17, 2014

Iyad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Anak sulong aku Muhammad Iyad Izzuddin. Menjadi harapan aku tika dia besar nanti, boleh menjaga aku dan adik-adiknya. Sapa tak sayang anak kan, begitu juga aku yang sangat sayangkan dia. Sekarang umur pun dah 6 tahun, banyak juga dugaan yang aku lalui untuk membesarkan mereka.
Iyad seringkali menyebut " Mama tak sayang abang" tatkala dia kena marah dengan aku, pasti ayat itu akan keluar dari bibir kecil tu. Tersentuh hati ini, tapi aku tidak mendiamkan saja, aku juga menjawap, kerana mama sayangkan abaglah mama marah abang buat perkara yang tidak baik. 
Bukan senang rupanya untuk kita mendidik anak untuk jadi apa yang kita harapkan. 
Dengan dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi terkini. Aku juga termasuk dalam kategori menggunakan teknologi sekarang. Mungkin masa muda anak aku nanti lebih canggih dari sekarang. Tengoklah iyad, dah pandai berselfie sendiri, cuma tak pandai lagi ja nak upload picture dia ke dalam instagram, cuma mama dia yang teruja untuk mengupload pic ini. Bila tengok gambar ni, dalam hati berdetik, iyad...iyad.. bergaya juga anak mama.. sama juga perangai macam mama, suka amik gambar. 
ok lah.. kita layan picture iyad berselfie.

Semoga Iyad jadi anak mama yang soleh 

Sapa tak sayang anak

Ini style naga katanya :p

Anak sulong yang manja dengan mama. 




Ini mama yang juga suka bergambar, hahaha. dah tu nak salahkan anak ka!

No comments: