Thursday, March 13, 2014

Kerana hadirnya kamu semua Mama rasa Bahagia

Bismillahirahmanirahhim

Sesungguhnya mama bersyukur kerana mempunyai kamu anak-anak, 
hadirnya kalian untuk membahagiakan mama, 
sayangnya mama kepada kamu semua tak ternilai dalam hati ini, 
kerana kamu ibarat nyawa mama

Wahai anak
Mama sanggup lakukan apa saja untuk kamu, 
Dan mama juga memastikan kamu jadi anak yang soleh & solehah, 
harapan mama untuk kamu semua amat tinggi, 

Abang Iyad
Kamu anak mama yang mama harapkan untuk jaga adik-adik andai mama tiada satu hari nanti, 
Mama juga harapkan abang jadi seorang pemimpin yang boleh memimpin adik-adik abang ke jalan yang betul, 
mama sayang abang..
sesungguhnya abang lah yang mama harapkan kerana abang anak lelaki mama sorang, 
hadirnya abang jua menjadikan mama seorang mama yang tahu tanggungjawab seorang ibu kpd anaknya.
Abang juga mengajar mama erti keikhlasan & kedewasaan untuk mama menguruskan rumahtangga mama,

Kakak Qaseh, 
Hadirnya Qaseh dalam hidup mama memberi mama kebahagiaan, 
Mama juga tahu bagaimana untuk menguruskan seorang anak perempuan, 
kakak seorang kakak yang baik, yang selalu memahami mama & tak banyak karenahnya, 
Mama sayang kakak sangat-sangat,
Mama juga harapkan kakak jadi anak mama yang solehah dan dapat jaga abg dan adik auni.

Adik Auni, 
Sayang mama... auni
Hadirnya sayang memberi mama kekuatan untuk mama langkah kan kaki ini,
Mama jua redha dengan apa jua ujian Dari Allah untuk mama, 
Bagi mama, wlupun auni kurang kasih sayang mcmna abg dan kakak dapat, tapi mama pasti, 
mama sayang kan auni macamna kakak & abang dapat sayang..
Auni anak mama yang istimewa dari dalam perut mama lagi, 
mama kuat demi mu sayang dan abg & kakak.
Wlupun masa mama melahirkan mu, banyak dugaan yang mama terima, tapi mama tetap sayangkan mu.

SEMOGA ANAK-ANAK MAMA JADI ANAK YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA ALLAH SWT!!




No comments: