Friday, July 10, 2015

SEMPERIT


Assalamualaikum wrt,

Hai! lama rasanya tak update blog ni.. tak sempat atau malas??

Sekejap sahaja masa berlalu, dah pun masuk bulan ramadhan 1436H.
Sekarang dah pun penghujung ramadhan, sama-sama kita gali pahala sebelum ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita.

Syawal pun tak lama lagi akan muncul tiba, kali ini dah tahun ketiga saya beraya tanpa ibu tersayang disisi dan juga tahun kedua tanpa ayah kesayangan di sisi. Setiap kali raya pasti akan teringat kenangan bersama mereka. Yang paling saya ingat sebelum syawal pasti mak dengan ayah sama-sama menyiapkan ketupat daun palas, kenangan terindah bagi saya seorang anak melihat mereka berdua sebagai pasangan bahagia. 

Wang ringgit bukan ukurannya, yang penting hati dan juga erti CINTA, baru la lahir keluarga bahagia.

Kita anak-anak yang kehilangan mereka hanya mampu kenangkan saat manis bersama mereka dan yang pasti selalu kirimkan doa!.

Syawal kali ini, seperti dua tahun lepas beraya bersama anak-anak, bersederhana dan yang pasti saya nak happy dengan mereka.

Homemade semperit by me, sesiapa nak boleh wharsapp ke 0194070454



No comments: