Thursday, September 10, 2015

Butik Online Kak Linda

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

"Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. 
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya". Ameen.

Assalamualaikum wrt, 
hai kawan-kawan blogger sekalian, lama gila tak update blog, huuhuhu.
Syukur kita pada yang Esa kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas di bumi milikNya ni.
Firstly, kak linda nak khabarkan bahawasanya, kak linda sekarang cuba-cuba menubuhkan business online yang sekian lama kak linda impikan, actually dah lama kak linda "create" page fb ni, masa tu jual baju baby 3 tahun lepas dan lepas tu cadar dan akhir-akhir ini baju kurung moden, dress dan jubah untuk kaum perempuan yang gojess.

Kak linda suka baju cantik-cantik, suka fesyen, jadi kak linda cuba bidang ini sebab dah lama nak buat, tapi hanya sekadar berangan ja sayang. Kali ini kak linda tekatkan hati dan bercakap pada diri sendiri " aku kena buat dan aku tak buat tak kan ada hasilnya. Soal rugi tu kak linda kena harungi. Kalau tak rugi macam na nak untungkan.. tu namanya asam garam berniaga ni. 

Kak linda memang dari dulu suka business, asal usul bukan dari keluarga yang berniaga, cuma arwah mak kak linda ja dulu suka business kecil-kecilan, mungkin semangat itu datang dari arwah mak kesayangan kak linda.

Dengan keadaan kak linda sekarang yang Allah beri ujian yang berat untuk kak linda harungi, tapi kak linda ambil sebagai satu cabaran untuk kak linda harungi seorang diri, Alhamdulilah hampir 2 tahun kak linda hidup sebagai ibu tunggal dengan membesarkan 3 orang anak, seorang putera dan 2 orang puteri yang sangat indah dalam hati dan hidup kak linda.

Anak-anak juga adalah penyeri dan pemangkin semangat untuk kak linda teruskan langkah kaki ini kedepan. InshaAllah dengan kudrat yang ada ini kak linda akan usaha demi masa depan kak linda dan anak-anak. Doakan kami ya kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak yang bagi semangat untuk kak linda dan anak-anak and jumpa lagi saiyang! 

p/s : di bawah ni jubah-jubah untuk aidiladha ini, untuk ketahui lanjut whatsapp kak linda ke 0194070454 ya..





jom follow IG Butik Online kak linda : Hiqacollections
blog : hiqaboutique.blogspot.com

Jubah untuk aidiladha ini 









No comments: