Monday, December 30, 2013

HEBAT

Ini yg dikatakan SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA.. kubur mak masih baru lagi tu, batu nissan pun baru lagi, tak sampai setahun pun mak pergi, ayah pun ikut juga.. dapat duk sebelah mak plak tu... lepas mak pergi, di mulut ayah tak lekang nama mak.. nak kata masa hidup tu bermesra depan kami anak2.. tak juga, bergaduh lagi adalah..tp tula kan..wlupun gaduh, itulah perguat kasih syg antara mereka.. Ayah...yg mengajar aku erti KESABARAN, Mak pulak mengajar aku tentang pentingnya Al QURAN & SOLAT, harapan aku utk mereka... Moga mereka diRahmati & ditempatkan disyurgaMu.. 3 perkara shj hanya di bawa bersama, Amal Ibadat, Sedekah jariah & Doa2 anak yg solehah..
Aku nak jadi anak & mama yg HEBAT, sebab dilahirkan oleh kedua ibu bapa yg hebat & aku juga lahirkan anak2 yg hebat.. wlupun aku dihina, dimaki & dicaci ketika aku perlukan sokongan selepas mak aku pergi dan ketika ayah aku tenat ...aku tetap bersyukur sbb ada lg org yg sayangkan aku.. sekarang aku dah kuat demi mereka yg HEBAT...

kenangan yg tak pernah ku lupa tentang ayah: sanggup kayuh basikal dr rumah ke pekan tikam batu (tanpa pengetahuan aku) semata2 nak belikan aku daging fresh. (masa tu aku berpantang anak sulong)

Mak : sanggup bersusah payah memasak utk tunaikan hasrat aku ketika aku mengandung.
Jasa ayah & mak tak dapat dibalas.



No comments: