Thursday, January 30, 2014

2014

Add caption
2013 is gone.... 2014 is coming...
2013 memberi kenangan untuk saya, kenangan pahit dan manis bersemandi dalam hati ini, saya sebagai hambanya Redho dengan apa pun terjadi, moga 2014 memberi keindahan dalam hidup saya dan seterusnya.
2013 jugak memberi semangat untuk saya terus langkahkan kaki ini bersama anak-anak yang pasti memerlukan saya. Moga Allah makbul doa ini untuk saya dan anak-anak.
Walau itu pahit, saya telan jua demi hidup ini dan anak-anak. Tiada siapa yang tau dan rasa apa yang saya rasa. Hidup ini kita dengan Dia, kerana dari Dia kita ada dan kembalinya kita pun mengadap Dia jua.
Mak dan Ayah pergi meninggalkan saya tatkala saya memerlukan mereka di saat itu, tapi takdir menentukan hidup saya begini. Saya redho.
Permulaan itu memang saya sedih sangat untuk menerima keadaan ini, tapi saya 'bercakap' dengan diri ini, "Linda...macam mana pun hang kena juga teruskan hidup ini..kerana Allah benci dgn hambanya yang berputus asa.. dan saya percaya Dia sentiasa bersama kita".
Alhamdulilah... saya dah mengharungi pun perjalanan hidup ini bersama anak-anak. Anak-anak sebenarnya pengganti mak & ayah saya untuk bagi saya semangat.
Dulu mula-mula saya berfikir, mampukah saya mengharungi semua ini seorang diri??? tapi bila saya di sini.. rupanya, saya mampu menghadapi semua ini. Bersyukur padamu Ya Allah, kerana memberi kekuatan untuk saya. Amin.
Ada orang berkata kepada saya, kalau dia mungkin jadi gila kot. Saya hanya menjawap, untuk apa kita hendak jadi gila kerana seseorang?? seseorang yang hampir menghancurkan hidup kita? Kerana Allah tu ada bersama hambaNya. Kita kena bersabar, berusaha & berdoa...akhirnya takawal pada Dia.
Mungkin dugaan kita tidak sama, apa pun terjadi dalam hidup kita, kita kena ingat Allah.
Moga Allah tempatkan kedua ibu dan ayah di syurgaMu. Aminn.. kak ida sayang mak & ayah.

2 comments:

MY@R said...

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...tabahkan hati untuk menempuh dugaannya..dugaan yang diberikan adalah untuk mengingatkan kita bahawa jangan melupakan Dia..ikhlas dari www.tepakku.com

haslinda hassan said...

thanks Mr. Yazed. :)