Monday, December 22, 2014

Kenangan terindah 2014

Assalamualaikum wrt,

Terasa rindunya nak update blog, dah bersawang pun.. :(
Hari ini dah mula rasanya nak update blog sebab nak bagitau kegembiraan di hati ini untuk tahun ini.
Tak lama lagi akan menutup tirai untuk tahun 2014, jadi saya nak juga catatkan kenangan yang terindah dalam hidup saya setelah bergelar pelajar separuh masa. Inilah hasilnya! tak terungkap dibibir ini, hanya hati yang berbicara dan berkata-kata, pelbagai perasaan yang dirasa tatkala menempuh hari indah ini.


Redha atas apa yang Allah dah tetapkan dalam hidup ini. Kita boleh kata redha, tapi untuk menempuhi redha itu bukan lah perkara biasa dan senang. Ia melibatkan sifat kesabaran!.
Fuh!! bukan senang nak senang.  3 tahun untuk saya dan rakan-rakan menempuhi saat suka dan duka untuk kami mendapat segulung ijazah dan sekaligus terpalit juga saat suka duka ini bersama anak-anak yang memahami mama mereka.


Banyak kenangan yang saya tidak akan saya lupakan dalam masa 3 tahun untuk saya meraih kejayaan ini. Alhamdulilah saya melahirkan anak kedua waktu itu semasa kelas pertama untuk semester pertama berjalan. Waktu itu suami menasihatkan supaya saya mengambil cuti kerana dia ingin saya menumpu sepenuhnya kepada keluarga, saya dengan rela hati demi tanggungjawab saya, saya akur dengan keputusan itu, dan saya meneruskan cuti bersalin tanpa memikirkan soal pelajaran, sebab bagi saya anak-anak adalah keutamaan saya. Alhamdulilah!


Selesai sudah saya menjalani saat berpantag anak kedua, saya teruskan niat saya semula memula pengajian saya secara "partime" bersama rakan-rakan. Betul, bukan senang kita seorang mama, pekerja &  juga isteri untuk memikul tanggungjawab kerana ia melibatkan perasaan orang lain. Tapi saya gagahi demi masa depan keluarga saya. Saya sedar, bukan saya asal orang yang senang.. saya mahu anak-anak mencontohi saya kerana tiada harta yang menilai selain ilmu dan amal kita. Ilmu juga akan membawa anak-anak ke mana mereka satu hari nanti. Saya bersyukur kerana saya mempunyai semangat dan kekuatan untuk saya menempuhi cabaran ini.


mengambarkan kegembiraan kami..

Saya juga sedih sebenarnya kerana niat saya untuk keluarga disalah ertikan oleh orang yang saya sayang, kerana saya dikatakan pentingkan diri sendiri untuk mendapat kejayaan ini. Demi Allah.. tiada langsung niat di hati ini untuk saya mementingkan diri sendiri. Saya mengaku mungkin kelebihan di diri ini ada jua kelemahannya sebab saya manusia biasa yang tidak akan sempurna sehingga akhir hayat! Hanya Allah sahaja yang tahu niat kita, nak kita paksa orang memahami kita bukanlah perkara mudah..kerana ia melibatkan hati, satu hari dia akan nampak niat itu! tetapi saya bersyukur kerana anak-anak masih kuat bersama saya meneruskan perjalanan hidup ini. Umpamanya saya terus terbang... anak-anak tetapi genggam tangan saya meneruskan penerbangan ini untuk kami sampai ke puncak SANA. Apa yang kita lakukan saat ini adalah penentu MASA HADAPAN kita. Sebenarnya saya menghargai apa yang dia buat untuk saya, terima kasih kerana sanggup susah senang dengan saya sebelum ini, dan saya ingat akan berterusan sehingga keakhirnya. Tetapi sangkaan saya tidaklah betul. Hanya setakat itu sahaja, hati manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Saya percaya.

tulang belakang saya selama ini :)


Ketika saya lalui saat ini, saya juga di beri Rahmat dengan ujian Oleh Allah dengan kehilangan kedua insan kesayangan saya iaitu mak dan ayah. Sesungguhnya tak ternilainya mereka dalam hidup saya sebagai seorang anak yang memerlukan mereka di saat itu dan ini. Tetapi semua itu takdir Allah untuk saya. Saya harus positif kerana Allah memberi ujian itu kepada Hambanya yang mampu. Kesedihan ini di balas oleh Allah untuk saya dengan hadirnya Insan baru iaitu saya bersalin anak ketiga. Anak ini anugerah yang tak ternilai untuk saya. Saya hadapi dengan penuh tabah sehinggalah sekarang saya membesarkan dia seorang diri.Ya.. saya mampu!

Alhamdulilah.. pada mulanya memang berat untuk ditempuhi, tetapi berkat kesabaran ini, saya mampu lalui perjalanan ini walaupun ianya berliku. Cuma saya mampu berdoa moga Allah berikan saya kekuatan untuk saya hadapi saat ini dan juga di masa hadapan. Anak-anak adalah anugerah Allah untuk saya kuatkan hati dan tabah menempuhi bersama mereka.

Sekarang, bukanlah kata saya senang.. tak juga, cuma saya menemui ketenangan di hati di samping anak-anak, adik beradik dan rakan-rakan. Alhamdulilah Allah kurniakan orang sekeliling saya yang memahami dan sayangkan saya.

Anak-anak...... mama nak kamu semua bersabarlah menempuhi kesusahan ini bersama mama, kerana di HADAPAN sana ada rezeki untuk kita. Percayalah! Allah dah bagi tebaik untuk kita. Tahniah kepada rakan-rakan kerana anda semua telah berjaya mencapai kejayaan ini, dan terima kasih kerana sanggup juga memimpin tgn saya ke arah ini dan paling bahagia saya sebagai ibu merasa terharu kerana anak-anak sanggup menahan perasaan mereka waktu saya ke kelas. Terima Kasih  anak-anak mama! mama tak akan lupakan pengorbanan ini untuk mama!.




ingin tebang lebih tinggi mengapai awan :)

senyuman yang puas!

tak lama lagi giliran hang plak wan!

berganding bahu mencapai cita-cita

sahabat sepejuangan..